Drama 1.4
“Hoii!!!” Sergah Ila
“Ya Allah!! Kau ni Ila…. Nak suruh aku mati ke?” Marah ku.
“Dah tu, aku tengok kau macam org tak betul je. Tadi tersengih, pastu mengeluh. Sekarang ni dah muram pulak. Tak paham aku.” Keluh Ila.
“Ye ke? Aku tak perasan pun.” Bohongku. Tangan dan mataku masih lagi di komputer ribaku.
“Ye lah. Malas aku nak layan kau.” Rajuk Ila. Kecewa dengan aku, mungkin.
Ila beredar ke tempatnya meninggalkan aku yang masih lagi melayan perasaan dan angan dan kenangan yang pernah hadir dalam hidupku. Sudah 25 tahun aku hidup membujang.
“Mira, bila ibu boleh tengok cucu baru?” Ibu menyoalku sewaktu aku pulang ke kampung dua bulan lepas.
“Tunggu dulu la Bu, Mira tak sedia lagi” Jawabku seakan endah tak endah.
“Sepupu Mira, Ina dah kahwin dah tahun lepas. Dah mengandung dah pun sekarang ni. Ibu tengok Mak Long tu, hepi je semenjak tahu Ina dah berbadan dua.”
Ibu suka sangat nak banding-bandingkan aku dengan sepupu aku. Ini lah masalahnya bila ada sepupu sebaya. Susah aku nak bagi alasan.
“Ala Ibu, jodoh dia dah sampai. Jodoh Mira tak sampai lagi. Lama lagi kot nak sampai.” Pandai je aku mereka-reka jawapan.
“Ye lah tu. Bukan Ibu tak tahu, Mira tu pemilih.” Ibu cuba untuk serkap jarang.
Aku biarkan saja Ibu membuat tanggapan sendiri. Letih bila berbicara soal jodoh dengan Ibuku yang seorang ni.
“Bukan apa Mira. Ibu takut nanti Ibu tak sempat nak tengok cucu Ibu.” Suara Ibu mula mendatar.
Hanya kerana sebab yang satu ini sahajalah yang membuatkan aku rasa bersalah.
Ku ramas jari jemari Ibu. Cuba untuk memberitahu bahawasanya bukan niat aku untuk melambat-lambatkan tarikh perkahwinanku, tetapi aku sedang merawati kelukaan di hati. Kekecewaan yang susah untuk diubati.
Posted in Cerpen |


May 6th, 2007 at 11:49 pm
apasal x nk kesinambungan antara kesemua episod tuh??
May 7th, 2007 at 9:28 am
sebab, kalau letak sekali, nanti org boring nak bace. panjang sangat.
May 7th, 2007 at 10:25 am
yeah! wise decision..
May 7th, 2007 at 12:43 pm
Erk? Thought kata hari 1.3 was “the end”?
May 7th, 2007 at 1:36 pm
manchurr: huhuhu. tengkiu
mfosa: ermm.. kan ada permintaan.. cant u read it?
May 7th, 2007 at 3:49 pm
ala mak ni, so selfish. just because u want cucu u’re forcing your daughter kawin. nanti if die marry just to fulfill your needs pastu tak happy, pastu how? kesian azurt. eh mira.
May 7th, 2007 at 4:09 pm
hohoho.. eh, boleh pulak tersasul kat sini yer Da?? cam tak ley tekan button DEL je.. :p
May 7th, 2007 at 5:47 pm
Permintaan tetap akan ada. Hak karyawan untuk menunaikan permintaan itu atau tidak. Jgn mare…:)
May 8th, 2007 at 2:55 pm
ooo… tak paham… tu la, sastera sangat.. (ape kabar junior u? eheheh)
May 8th, 2007 at 5:43 pm
Jr. sihat…malahan bertanya lagi
May 9th, 2007 at 2:05 am
hello mira.. eh.. azzurt ehehe.. nak gak try tertesasul kat sini.. huhu..
upload la kat local community novel kat http://www.kapasitor.net/
ke dah ade dah kat sane?
best la members kat community tu.
May 10th, 2007 at 10:23 pm
huhuhu, berminat juga yerk azurt dgn cerpen2 nih yerk…. nice, kena banyak olahan lagi!!
anyhow, lama tak jenguk…. nanti buat ler script untuk drama yerk!! all the best
May 11th, 2007 at 8:08 am
Azim: ermm…. nnt kite tgk ek
madnilk: berminat.. dah lame, tapi malas nak sambung… ada banyak versi, tapi published salah satu versi..
(tak terrer pun.. baru nak merangkak)