Drama 1.5
Pukul 1:00pm:
Ila menghampiriku.
“Oit…!! Tak habis-habis lagi berangan?”
“Belum. Kau ni, kacau daun lah! Aku tak habis lagi melayan perasaan nih. Pergi main jauh-jauh” Selorohku.
“Bawak-bawak la mengucap cik Mira. Dah waktu lunch dah ni. Kang, makin senang pulak badan awak tu melayang ditiup angin”
Makin kuruskah aku? Tak aku sedari beratku menurun sebegitu drastik. Kecewa? Mungkin. Cinta tak kesampaian? Mungkin.
Apakah yang dia sedang lakukan sekarang? Gembira? Sedih? Berjaya? Atau dia juga meratapi kekecewaan cinta kami yang tidak menjadi? Benarkah begitu? Patutkah aku menghubunginya?
“Dah… jom pegi makan!”
Ila menarik tanganku, lagaknya seperti seorang kakak.
“Kau nak bawa aku makan kat mana ni? Tak sedap aku komplen!” Aku menetapkan syarat.
Memang. Sejak kebelakangan ini, aku cukup memilih makanan. Pantang silap sedikit, aku tak akan jamah.
“Tak. Aku yakin kau mesti suka punya!”
Yakinnya dia.
“Welcome to Pastaritza” Sambut salah seorang pelayan di muka pintu.
Aku dan Ila hanya sekadar tersenyum manis.
“Having here?” Tanya pelayan itu lagi.
“Yup. Having here” Jawab Ila.
“For two?”
“Yes please.”
Pelayan tersebut mengarahkan aku dan Ila ke satu sudut yang sedikit terpencil. Hanya sebuah meja, dengan sepasang kerusi kayu yang aku anggarkan bernilai RM500 sebuah.
Malas untuk memilih menu. Aku biarkan sahaja Ila memilih. Sementara mataku meliar memandang sekeliling. Sekilas, aku terpandang kelibat itu. Dia kah? Orang yang amat aku rindui kah itu? Sekujur tubuh itu seakan ku kenali.
Tanpa aku sedari, dia juga memandang ke arahku. Mata kami bertaut buat seketika.
Posted in Cerpen |


June 3rd, 2007 at 10:49 pm
wahh! ade lagi sambungan.. igtkan dah stop hehehe
June 3rd, 2007 at 10:54 pm
mesti la ada.. (nak update site punye pasal.
)
June 3rd, 2007 at 11:16 pm
that man is me?
lol
June 4th, 2007 at 10:39 am
frust tak makan. bestnye. y if i frust makan byk?
sekujur tubuh tu gi ngan awek baru ke?
June 4th, 2007 at 10:42 am
weirdoux: Ermm.. maybe.. gimme ur pict. Lol
da: u frust mkn bnyk? sebab u bkn frust sebab sekujur tubuh.. ehhehe . (sekujur tubuh tu g dgn… ade lahh.. jantina akan ditentukan kemudian.. ehhehe)
June 6th, 2007 at 11:15 pm
hang ni kalo buat novel im sure as hell got sold out.. suka bagi cuak2..
=)
June 7th, 2007 at 1:04 am
cuak ek tu? belum lagi cuak tu.. ada scene dah tebayang kat otak nih, lagi CUAK dari tu.. eheheh
June 25th, 2007 at 3:28 am
woah ade peminat !
June 25th, 2007 at 9:13 am
Antabax, peminat ape tu? dah bace ke smua Drama dari 1.0 - 1.6?