Jun
10

Drama 1.6

“Mira…”
Diam.
“Mira…”
Diam.
“Mira!!”
Ya Allah!! Tekejut aku!
“Ye… Apa?” Sahutku memandang tepat ke anak mata Ila.
“Kau nak makan apa?”
“Ikut suka engkau lah. Kate konfem aku suka, jadi kau la yang kena pilih menu utk aku” Aku mengerling sambil mengangkat-angkat kening kananku. Geli hatiku.

Aku biarkan saja Ila memikirkan menu yang terbaik untuk aku. Aku langsung tidak berselera sebenarnya. Kalau hendak diturutkan hati, aku lagi rela duduk di pejabat mengadap mesin yang tak boleh berkata-kata tu. Tengok sekarang, apa sudah jadi. Kelam kabut jiwa aku dibuatnya.

“Kau ni kenapa Mira. Aku tengok kau macam baru lepas tengok hantu aje” Ila mula untuk mencungkil kegundahan hatiku selepas selesai membuat pesanan makanan tengah hari kami.
“Aku nampak ‘dia’” jawabku.
“Siapa?”
“Is”

Ila cuba mencari-cari kelibat Iskandar.
“Mana? Kau ni biar betul.”
“Entah. Mata aku ni yang salah kot” Aku tunduk.
“Mira…”
Aku mendongak.
“Aku bukan hendak masuk campur urusan peribadi kau. Dan aku tahu, kau memang tak suka orang ambil tahu hal peribadi kau. Tapi aku risau lah. Aku tengok kau macam dah hilang arah. Macam Iskandar seorang sahaja lelaki di dunia ni. Kau tu bukan tak ada siapa yang nak. Ramai je.”

Panjang pulak khutbah perempuan ni. Aku hanya sekadar mendiamkan diri. Malas hendak memotong kata-katanya. Kang makin panjang pulak.

Tiba-tiba, Ila terdiam. Biji bola matanya bergerak.

“Aik, ni apasal kau diam pula ni? Tadi bukan main panjang syarahan kau.” Mira diam.
“Ila!! Kau kenapa? Aku pula yang risau.”

Aku merasakan suatu perasaan sedang dihampiri. Perasaan yang aku pernah alami setahun yang lepas. Rentak jantungku tidak seirama. Kenapa? Agak lama aku tidak berperasaan sebegini. Kali terakhir sewaktu aku berjumpa Iskandar.

“Assalammualaikum” Suara yang sudah sekian lama tidak ku dengari.
“Wa’alaikumsalam” Jawab Ila. Aku menoleh ke kanan.

Seakan tidak percaya.
“Boleh kami berkongsi meja dengan saudari berdua” Dia mula bersuara. Aku hanya memandangnya tidak berkelip. Agak banyak perubahan dirinya. Gaya rambut, pemakaian, tatabicara, senyuman dan perawakan. Hanya satu yang tidak berubah. Pandangan matanya. Aku rindu mata itu. Aku rindu.

Posted in Cerpen |

9 Responses

  1. augen Says:

    good writing. you are very good in bahasa malaysia

  2. azurt Says:

    Takde sape ke nak komen.. :(

  3. Jebat Says:

    La siannya.. :-) Yup buat masa nie agak kurang sikit orang akses internet Azurt. Mungkin pasal cuti sekolah kot, semua pun bercuti. Yer ker cuti sekolah.. nie saya main agak2 je. Tapi betul kot, sebab balik kerja jalan clear je. Biasa jem gila :-) .

  4. Azurt Says:

    augen: Thanks augen..

    ada gak yang komen rupanya.. (tak cek email :P )

    Jebat: eheheh.. maybe la.. tapi yang org selalu visit pun tak komen… :(

  5. weirdoux Says:

    azurt: “Takde sape ke nak komen.. ”

    (ada nih)

    1st comment:
    weirdoux: ermm…. nama saya Iskandar….\o/.

    2nd comment:
    weirdoux: ermm… hai.. nama saya zack…(alaaa…mcm dalam dalam filem azura tueee..)

  6. Azurt Says:

    weirdoux: ehhehehe… ye ke?

  7. weirdoux Says:

    kenape….tak pecaya…?

  8. de_kerinchi Says:

    Salam azurt,

    Salam ziarah…

  9. tulang_ikan Says:

    Huhu..
    Just got d chance 2 read d whole thing..
    Good writing..
    Erm bile nk tlis sambungan nye..
    Huhu..
    X sabar nk tau ape kesudahan nye..

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.