Dec
23

Drama 1.7

Setiap biji pil antibiotic diketap kemas di bibir sebelum di masukkan kedalam rongga mulut mulus itu.

“Yang ni makan tiga kali sehari, selepas makan, dan yang satu lagi ni pun sama, makan tiga kali sehari selepas makan”

Aku hanya Mengangguk mendengar arahan doktor. Akur yang tidak mampu untuk mengatakan tidak.

“Harus diingat, saudari mesti makan sehingga habis dan mengikut arahan”

“Keputusan ujian makmal ke atas sample darah saudari akan keluar empat hari dari sekarang. In the mean time, you have to discipline yourself in taking the medicine, right?” Dr Shamila cuba untuk mengingatkan aku supaya berhati-hati dengan pengambilan makanan seharianku. Aku hanya mengangguk lagi.

Hampir hendak termuntah aku untuk menelan pil-pil itu. Terasa melekat dirongga leherku. Pahit! Tapi aku mesti mengikut peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh doktor. Aku terima dengan redha dengan apa yang aku alami. Mungkin Tuhan ingin mendugaku. Mungkin ini ujiannya. Lagi.

Tanpa aku sedari, setitik demi setitik linangan air mata yang bergenang jatuh ke pipi.

Aku terkenang lagi.

Posted in Cerpen | 1 Comment »

Jun
10

Drama 1.6

“Mira…”
Diam.
“Mira…”
Diam.
“Mira!!”
Ya Allah!! Tekejut aku!
“Ye… Apa?” Sahutku memandang tepat ke anak mata Ila.
“Kau nak makan apa?”
“Ikut suka engkau lah. Kate konfem aku suka, jadi kau la yang kena pilih menu utk aku” Aku mengerling sambil mengangkat-angkat kening kananku. Geli hatiku.

Aku biarkan saja Ila memikirkan menu yang terbaik untuk aku. Aku langsung tidak berselera sebenarnya. Kalau hendak diturutkan hati, aku lagi rela duduk di pejabat mengadap mesin yang tak boleh berkata-kata tu. Tengok sekarang, apa sudah jadi. Kelam kabut jiwa aku dibuatnya.

“Kau ni kenapa Mira. Aku tengok kau macam baru lepas tengok hantu aje” Ila mula untuk mencungkil kegundahan hatiku selepas selesai membuat pesanan makanan tengah hari kami.
“Aku nampak ‘dia’” jawabku.
“Siapa?”
“Is”

Ila cuba mencari-cari kelibat Iskandar.
“Mana? Kau ni biar betul.”
“Entah. Mata aku ni yang salah kot” Aku tunduk.
“Mira…”
Aku mendongak.
“Aku bukan hendak masuk campur urusan peribadi kau. Dan aku tahu, kau memang tak suka orang ambil tahu hal peribadi kau. Tapi aku risau lah. Aku tengok kau macam dah hilang arah. Macam Iskandar seorang sahaja lelaki di dunia ni. Kau tu bukan tak ada siapa yang nak. Ramai je.”

Panjang pulak khutbah perempuan ni. Aku hanya sekadar mendiamkan diri. Malas hendak memotong kata-katanya. Kang makin panjang pulak.

Tiba-tiba, Ila terdiam. Biji bola matanya bergerak.

“Aik, ni apasal kau diam pula ni? Tadi bukan main panjang syarahan kau.” Mira diam.
“Ila!! Kau kenapa? Aku pula yang risau.”

Aku merasakan suatu perasaan sedang dihampiri. Perasaan yang aku pernah alami setahun yang lepas. Rentak jantungku tidak seirama. Kenapa? Agak lama aku tidak berperasaan sebegini. Kali terakhir sewaktu aku berjumpa Iskandar.

“Assalammualaikum” Suara yang sudah sekian lama tidak ku dengari.
“Wa’alaikumsalam” Jawab Ila. Aku menoleh ke kanan.

Seakan tidak percaya.
“Boleh kami berkongsi meja dengan saudari berdua” Dia mula bersuara. Aku hanya memandangnya tidak berkelip. Agak banyak perubahan dirinya. Gaya rambut, pemakaian, tatabicara, senyuman dan perawakan. Hanya satu yang tidak berubah. Pandangan matanya. Aku rindu mata itu. Aku rindu.

Posted in Cerpen | 9 Comments »

Jun
3

Drama 1.5

Pukul 1:00pm:
Ila menghampiriku.

“Oit…!! Tak habis-habis lagi berangan?”
“Belum. Kau ni, kacau daun lah! Aku tak habis lagi melayan perasaan nih. Pergi main jauh-jauh” Selorohku.
“Bawak-bawak la mengucap cik Mira. Dah waktu lunch dah ni. Kang, makin senang pulak badan awak tu melayang ditiup angin”

Makin kuruskah aku? Tak aku sedari beratku menurun sebegitu drastik. Kecewa? Mungkin. Cinta tak kesampaian? Mungkin.

Apakah yang dia sedang lakukan sekarang? Gembira? Sedih? Berjaya? Atau dia juga meratapi kekecewaan cinta kami yang tidak menjadi? Benarkah begitu? Patutkah aku menghubunginya?

“Dah… jom pegi makan!”
Ila menarik tanganku, lagaknya seperti seorang kakak.
“Kau nak bawa aku makan kat mana ni? Tak sedap aku komplen!” Aku menetapkan syarat.

Memang. Sejak kebelakangan ini, aku cukup memilih makanan. Pantang silap sedikit, aku tak akan jamah.

“Tak. Aku yakin kau mesti suka punya!”
Yakinnya dia.

“Welcome to Pastaritza” Sambut salah seorang pelayan di muka pintu.
Aku dan Ila hanya sekadar tersenyum manis.
“Having here?” Tanya pelayan itu lagi.
“Yup. Having here” Jawab Ila.
“For two?”
“Yes please.”

Pelayan tersebut mengarahkan aku dan Ila ke satu sudut yang sedikit terpencil. Hanya sebuah meja, dengan sepasang kerusi kayu yang aku anggarkan bernilai RM500 sebuah.

Malas untuk memilih menu. Aku biarkan sahaja Ila memilih. Sementara mataku meliar memandang sekeliling. Sekilas, aku terpandang kelibat itu. Dia kah? Orang yang amat aku rindui kah itu? Sekujur tubuh itu seakan ku kenali.

Tanpa aku sedari, dia juga memandang ke arahku. Mata kami bertaut buat seketika.

Posted in Cerpen | 9 Comments »

May
6

Drama 1.4

“Hoii!!!” Sergah Ila

“Ya Allah!! Kau ni Ila…. Nak suruh aku mati ke?” Marah ku.

“Dah tu, aku tengok kau macam org tak betul je. Tadi tersengih, pastu mengeluh. Sekarang ni dah muram pulak. Tak paham aku.” Keluh Ila.

“Ye ke? Aku tak perasan pun.” Bohongku. Tangan dan mataku masih lagi di komputer ribaku.

“Ye lah. Malas aku nak layan kau.” Rajuk Ila. Kecewa dengan aku, mungkin.

Ila beredar ke tempatnya meninggalkan aku yang masih lagi melayan perasaan dan angan dan kenangan yang pernah hadir dalam hidupku. Sudah 25 tahun aku hidup membujang.

“Mira, bila ibu boleh tengok cucu baru?” Ibu menyoalku sewaktu aku pulang ke kampung dua bulan lepas.

“Tunggu dulu la Bu, Mira tak sedia lagi” Jawabku seakan endah tak endah.

“Sepupu Mira, Ina dah kahwin dah tahun lepas. Dah mengandung dah pun sekarang ni. Ibu tengok Mak Long tu, hepi je semenjak tahu Ina dah berbadan dua.”

Ibu suka sangat nak banding-bandingkan aku dengan sepupu aku. Ini lah masalahnya bila ada sepupu sebaya. Susah aku nak bagi alasan.

“Ala Ibu, jodoh dia dah sampai. Jodoh Mira tak sampai lagi. Lama lagi kot nak sampai.” Pandai je aku mereka-reka jawapan.

“Ye lah tu. Bukan Ibu tak tahu, Mira tu pemilih.” Ibu cuba untuk serkap jarang.

Aku biarkan saja Ibu membuat tanggapan sendiri. Letih bila berbicara soal jodoh dengan Ibuku yang seorang ni.

“Bukan apa Mira. Ibu takut nanti Ibu tak sempat nak tengok cucu Ibu.” Suara Ibu mula mendatar.

Hanya kerana sebab yang satu ini sahajalah yang membuatkan aku rasa bersalah.
Ku ramas jari jemari Ibu. Cuba untuk memberitahu bahawasanya bukan niat aku untuk melambat-lambatkan tarikh perkahwinanku, tetapi aku sedang merawati kelukaan di hati. Kekecewaan yang susah untuk diubati.

Posted in Cerpen | 13 Comments »

May
3

Drama 1.3

My baby you
Are the reason I could fly
And ’cause of you
I don’t have to wonder why
Baby you

Telefon bimbitku berbunyi menyanyikan lagu Marc Anthony, My Baby You. Aku cukup kenal dengan nada dering itu, yang menandakan dia ingin berbual denganku.

“Hello” Ucapku setelah menekan punat hijau.
“Hello sayang… Tengah buat apa tu?” Balasnya. Aku tersenyum.
“Hai Is… Tengah buat kerja la. Dia?” Soalku.
“Baru nak keluar pegi lunch
“Oh ye ke? OK.”
“OK, bye. Is pergi dulu”
Begitulah setiap kali jarum jam menunjukkan tepat ke angka 12.

Tetapi kini, panggilan sebegitu tiada lagi. Entah hilang ke mana. Aku merindui situasi sebegitu. Mampukah orang lain menandingi kehebatan cinta kami?

“Mira” Iskandar cuba memecahkan kesunyian keadaan kereta. Hanya kedengaran suara lagu di corong radio.
“Ye Is…” Balasku sambil memandang tepat ke matanya.
“Nampak tak langit tu?” Katanya sambil menunjuk ke langit.
Indah….
Langit biru disoroti cebisan2 awan putih.
“Kenapa dengan langit tu?” Soalku kebodohan.
“Is tujukan langit tu kat Mira” Jawabnya sambil memandangku sekilas dan tersenyum manis.
“Tapi kenapa langit?” Mindaku memproses input terlalu lambat petang itu.
“Entah… ” Iskandar mula berteka-teki denganku, membiarkan aku memikirkan sendiri jawapan kepada soalan sendiri.

Kini, barulah aku mengerti.

Cinta kita ibarat langit. Kelihatan indah apabila dipandang dari bumi. Tapi terlalu sukar untuk mencapainya

Posted in Cerpen | 11 Comments »

May
2

Drama 1.2

Mengimbas kenangan lalu, sememangnya menyeronokkan. Kenangan pahit, manis, kelat, masin dan segala macam rasa yang dialami di masa lepas akan menjadi memori indah yang kita miliki dimasa akan datang. Masa mematangkan kita. Kenangan lama akan dianggap sebagai sejarah kepada setiap individu. Tanpa aku sedari, aku tersenyum sendiri.

“Ehem ehem….” Ila secara tiba-tiba duduk di sebelahku.
Aku menjeling. Berlagak marah, yang sebenarnya sedang menyembunyikan perasaan malu. Ala… Ila jee… takpe. Aku berbisik sendiri.
“Takde kerja ke?” Soal Ila setelah lama kami terdiam.
“Ada. Banyak. Kau nak tolong?” Usikku.
“Kau ni dah pandai loyar buruk ye dgn aku” Ila mencuit pinggangku.

Hari ini, tidak ramai yang berada di dalam pejabat. Mungkin kerana cuti umum pada hari Selasa dan Rabu, ramai yang mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga. Kebanyakkan rakan sekerja telahpun mendirikan rumah tangga. Hanya tinggal aku, Ila dan beberapa orang jejaka sahaja yang masih bujang.

“Hmmmmmmmmmmmm… “ Panjang keluhku.
“aikk.. tadi tersengih sendiri, sekarang mengeluh pulak. Are you okay dear?” Ila menunjukkan riak prihatinnya.
Semenjak berkerja disyarikat yang sama, aku dan Ila bagaikan pelesit. Ke mana sahaja kami pergi, pastinya berdua. Tempat tinggal saja berasingan. Sehinggakan rakan-rakan sepejabat menggelar kami berdua belangkas. Tak kisah lah.

“Kau ape hal Mira? Gile? Eh, tak sesuai pulak… Aku nak betulkan ayat. Boleh tak?” Ila cuba untuk menarik perhatianku.
Aku memandangnya sekilas.’
“Aku betulkan ok?”
Aku tersengih. “Ha, ape?” Balasku.
“Kau ape hal Mira? Angau? Eheheh” Ila tergelak. Cuba untuk menceriakan hariku. Indahnya hari bila Ila sentiasa ada di sisiku.
“A’ah.” Balasku sambil memandangnya sinis mengusik.

To Be Continue

Posted in Cerpen | 4 Comments »

Apr
30

Drama 1.1

“Asalammualaikum” Sapanya
“Walaikumsalam…” Jawabku sambil menunduk.
Entah mengapa. Aku terlalu malu. Bila bersama orang lain, tidak pula begini riakku. Ubat apakah yang dipakai lelaki ini?

“Dah lama tunggu?”
Lama aku diam.
“Sorry la, ada hal kat asrama tadi.” Terangnya tanpa ditanya. Aku hanya membatu. Angguk tidak, geleng pun tidak.

Aku cuba untuk melawan panahan matanya. Tapi gagal. Aku menunduk lagi.
ishhh…. Cepatlaa!!! Aku nak balik la!!!

“Thanks sebab sudi datang. Zul tak sangka Mira datang.”
kalau la aku bole fast forward masa, kan best. Aku mengerling jam di tangan. Lagi. Mengharapkan Zul paham aku mengejar masa.

“Dah nak balik ke?” Tanyanya.
Aku sekadar mengangguk. Lagakku semacam org bisu.
“Tak pe la, kita jumpa lain kali”
Alhamdulillah… Ingin saja rasanya aku menjerit. Gembira bila semua ini akan berakhir.

Aku melemparkan sedikit senyuman sambil memandang tepat ke dalam matanya. Dia menunduk, seakan kecewa aku akan meninggalkannya. Tanpa aku sedar, dia merapatiku.

“Ya Allah….” Aku memandang ke matanya, terkejut. Dia hanya jauh beberapa langkah dariku.
“Mira kena pergi. Maisara dah tunggu”
Aku mempercepatkan langkahku menuruni anak tangga.

To Be Continue…

Posted in Cerpen | 7 Comments »

Apr
29

Drama 1.0

Hai… Sebenarnya, dah lame nak tulis cerpen ni… dah banyak versi cerpen yang aku tulis, tapi semua tergantung. Jadi, aku akan mulakan yang baru di sini, dengan harapan nanti aku akan lebih berdisiplin utk meng’update’. Untuk permulaan, aku just publish sikit2. kang dah tgk sambutan ok, then baru post panjang2 sikit.

Cerpen ni, takde kaitan sangat dgn life sape2. Hanya sekadar cerita yang kuar dari pala aku je.

Kalau you all nak modify cerita or suggest ape akan jadi on the future story, bagitau, then i can modify it. but it is still subject to me… just bagi cadangan jer.. then, we’ll make it jadi happening.. :D

:P Apa pun, ENJOY!!

And the Story Begin

***************************

“Bile nak pegi jumpe dia?”
Mak aihhh!! Kurrr semangat…!! Tekejut aku!!
“Jumpe sape ni?” Aku cuba untuk berlagak tenang didepan Maisara.
“Sape lagi…” Maisara menjeling.

Perlahan aku melangkah menuruni anak tangga sambil mataku meliar memandang sekeliling mencari kelibat manusia. Tapi hampa. Aku gagahkan langkah menuju ke tempat yang dijanjikan mengharapkan tiada siapa di sana.

Puas ku belek jam dipergelangan tanganku. Arghhh!!! Dah pukul 5:30 petang. Nasib baik Maisara tahu tentang pertemuan ini. Aku mengharapkan ini yang pertama dan yang terakhir. Aku belum bersedia.

Kedengaran derapan tapak kasut sedang menghampiriku…

To Be Continue…

Posted in Cerpen | 7 Comments »